Skip to main content
 logo
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Galeri
    • Plaster ceiling
    • Kabinet Dapur
    • Pintu & Tingkap Aluminium
    • Membaiki Sofa
  • Projek
  • Hubungi

You are here

Home
  • Artistic Corbel
  • Ceiling Panel
  • Center Panel
  • Column
  • Corner & Beading
  • Cornice
  • Cornice Corner
  • Decorative Wall Pieces
  • Dome
  • Door Arch Moulding
  • Free Corner & Knot
  • Light Diffuser
  • Light Holder Corner
  • Light Through Addendum
  • Manhole
  • Mirror & Niche
  • Oval Shape Moulding
  • Round Beadings
  • Special Beading

Profil Niki Indah

Niki Indah Enterprise merupakan sebuah syarikat milik Bumiputera yang memiliki kepakaran serta pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penghasilan dan pemasangan plaster ceiling, kabinet dapur, tingkap dan pintu aluminium serta hiasan dalaman serta kerja-kerja penaiktarafan (renovation) premis-premis kerajaan, swasta mahupun persendirian.

Niki Indah Enterprise juga merupakan syarikat kontraktor yang menghasilkan premis-premis kediaman, banglo, lot-lot kedai, bangunan serta pejabat.

Sejarah Penubuhan

Kepakaran Niki Indah Enterprise dalam bidang plaster ceiling diasaskan oleh sebuah syarikat bernama Karyaku Niki Enterprise yang ditubuhkan pada awal 90-an.

Bermula dari sebuah syarikat kecil, Karyaku Niki terus berkembang maju dan merupakan syarikat yang aktif dalam bidang pemasangan serta kemasan plaster ceiling dan hiasan dalaman untuk pelbagai premis agensi kerajaan dan swasta.

Niki Indah Enterprise didaftarkan secara rasmi pada tahun 2004 setelah mengambil-alih syarikat Karyaku Niki. Niki Indah Enterprise terus berkembang dan sehingga kini memiliki 2 buah cawangan, di Meru dan di Seri Kembangan.

Perkhidmatan Ditawarkan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Niki Indah Enterprise:

  1. Plaster ceiling atau siling lepa
    Memasang plaster ceiling dan membuat penaiktarafan premis (renovation) atau hiasan dalaman
  2. Kitchen cabinet atau kabinet dapur
    Menghasilkan rekaan dan memasang kabinet dapur untuk kegunaan kediaman atau pejabat.
  3. Tingkap dan pintu aluminium
    Menghasilkan rekaan serta menghasilkan tingkap dan pintu aluminium
  4. Kontraktor pembinaan bangunan dan premis
    Membina premis-premis kediaman, banglo, pejabat dan lot kedai.
  5. Khidmat nasihat dan rundingan
    Memberikan khidmat nasihat dan rundingan dalam bidang hiasan dalaman dan plaster ceiling
  6. Rekaan dalaman dan komponen plaster ceiling
    Menghasilkan reka-bentuk (design) baru dan serta acuan-acuan komponen plaster ceiling
  7. Hiasan kediaman dan pejabat
    Membekal produk-produk serta komponen-komponen hiasan dalaman berorientasikan plaster ceiling

Projek & Portfolio

Antara projek-projek dan klien-klien yang telah menggunakan kepakaran Niki Indah Enterprise:

  • Universiti Teknologi MARA - Shah Alam, Puncak Alam, International Education Center (INTEC) Seksyen 17
  • Kementerian Pertahanan Malaysia
  • Kompleks MAIS Putrajaya
  • Masjid As-Syariff, Meru
  • Masjid Pandan Jaya

dan pelbagai premis kerajaan, swasta dan persendirian.

NIKI INDAH ENTERPRISE (001483754-K)
Hakcipta Terpelihara 2017 © www.nikiindah.com
Laman web oleh Zakitech

  • Masuk